Saturday, 8 March 2008

Faham: kekuatan luarbiasa


Memang pasti kita pernah mendengarkan kisah orang yang mengembara beribu-ribu batu hanya kerana ingin mendapatkan sepotong hadith Nabi. Seorang yang berjalan jauh untuk mendapatkan satu fatwa daripada Imam Malik. Orang yang berkahwin, lantas keesokkan harinya bergerak menginggalkan isterinya di bumi Mesir menuju ke Madinah untuk menadah ilmu dari Imam Malik.

Selalu juga kita akan dengar kisah seorang sahabat Nabi, Handzalah, yang terkenal dengan kisahnya yang dimandikan oleh para malaikat, kerana syahid dalam keadaan junub, selepas mendapat panggilan jihad tatkala malam pertama pernikahannya.

Faham. Kekuatan yang luarbiasa yang dimanifestasikan hasil faham. Kefahaman tentang arah tujuan hidup ini. Tentang peri pentingnya tarbiyyah zatiyyah, tazkiyatul nufus Tentang pengorbanan dan mengutamakan orang lain.

Apa yang berlaku, keputusan-keputusan yang di ambil adalah hasil proses ‘faham’ yang diolah di dalam diri seseorang. Itu adalah natijah-natijahnya. Dan proses faham itu sendiri, melalu banyak peringkat. Daripada pemahaman secara teori, kefahaman tentang ‘the bigger picture of life’, dan keyakinan kepada usaha-usaha yang dilakukannya. Ia bukan sekadar tahu, dan mencetus mahu. Sebab sebahagian besar sahabat mengambil dan embrace Islam atas pemahaman implikasi kalau dia mengambil Islam sebagai cara hidupnya. Begitu juga Abu Jahal. Menolak Islam sebab dia faham implikasi dan kesan kalau dia tunduk kepada Islam.

Faham. Kalau berbicara soal ini saya pasti teringat, insiden yang sangat terkesan dalam hati saya, sehingga kadang-kadang tertanya, apakah yang menjadi driving force untuk teman saya itu berbuat demikian, sedang saya tidak. Kisahnya begini. Hari itu hari weekdays. Biasalah ada kelas seperti selalunya. Tiba-tiba dia mendapat berita kematian seorang kerabatnya, nun jauh di utara tanahair. Usai sahaja kelas pengajiannya tengahari itu, dengan pantas dia menuju ka arah utara, siangnya dan hadir sejam dua di tanah perkuburan sebelum bergerak pulang ke KL, sampai sedikit lewat untuk menghadiri halaqah tarbawi. Memang tampak jelas di wajahnya tanda kepenatan dan keletihan, tapi ditahan juga kantuk di matanya menerima bahan tarbawi sebagai pengisian.

Mungkin itu kisah biasa bagi sebahagian kita. Pastinya ada yang lebih jauh baiknya dari kisah itu. Tapi bag saya itu antara kejadian yang sangat terkesan di hati saya. Apakah itu makna faham?

No comments: