Pilihanraya: masanya untuk memilih
Pilihanraya Umum ke-12 bakal menjengah kurang seminggu dari sekarang. Masing-masing begitu eager untuk berkempen memikat hati pengundi-pengundi di kawasan-kawasan mereka. Tak kalah, pekerja-pekerja parti yang berhempas pulas, bermati-matian, membanting tulang empat kerat memasang sepanduk slogan, dan membantu persiapan ceramah dan ucapan-ucapan politik. Manifesto telah dikeluarkan dan pelbagai janji ditaburkan sebagai balasan sokongan pengundi kepada parti masing-masing.
Mengundi menjadi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh semua. Bukan sekadar satu simbol demokrasi, yang mempunyai pelbagai sudut pandang, setengah mungkin bersetuju setengah tidak. Apapun yang dipegang, sekurang-kurangnya ia menjadi tanda keprihatinan kita kepada soal politik dan pentadbiran negara.
Dalam keghairahan menyambut dan meraikan kedatangan pilihanraya ini, sememangnya bahangnya dan nuansanya sangat panas. Tetapi harus diperhatikan, tentang akhlaq, adab, etika dan kesopanan yang harus dijunjung tinggi agar tidak mencela, mengaibkan apatah lagi memburuk-burukkan lawan sehingga ke tahap yang membawa kemudharatan. Walaubagaimanapun, aspek realiti politik harus diambil kira pastinya. Kesalahan dan ketidakpatutan perbuatan pihak lawan akan dibongkar, dan disebarkan, sebagai sebahagian dari strategi memikat pengundi.
On top of that, harusnya hadith Nabi tentang kualiti yang seharusnya di possess oleh seorang pemimpin memandu pilihan kita. Quwwah dan Amanah, Kemampuan dalam semua aspek, kepimpinan, pemikiran, agama, berdiplomasi, serta sangat memegang amanah.
Sebagai satu peringatan bagi anda yang mungkin berkesempatan membuang undi pada 8 Mac 2008, sepotong hadith sebagai bekalan, Nabi berpesan akan tanggungjawab dan amanah yang sangat berat dipikul oleh sang penguasa dan pemimpin:
“Ia adalah amanah. Dan ia adalah tangisan dan penyesalan di Hari Kebangkitan”.
No comments:
Post a Comment